SYARAT LAYAK MEMOHON:
- Warganegara Malaysia ATAU Mempunyai permit kerja (warga asing)
- Berumur 16 tahun ke atas
- Lulus pilot medical chek-up class 2.
(boleh dilakukan di mana-mana hospital atau klinik yang menjadi panel DCA.Senarai boleh didapati dari pihak DCA / rujuk pegawai akademi )
LANGKAH 1 : LENGKAPKAN BORANG (DCA Borang 1-SPL)
Sertakan:
- 4 keping gambar berukuran Pasport
- salinan asal keputusan Pilot medical Chek-Up class 2
- 2 salinan kad pengenalan ATAU permit kerja + Pasport
- 1 salinan polisi insuran (sport PA-X game)
”STUDENT PILOT LICENCE (SPL )” akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam
tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan.
LANGKAH 2: MENJALANI LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL ( 20 jam ) yang akan
dijalankan oleh tenaga pengajar akademi. Sesi 20 jam perlu ditamatkan dalam masa 2 bulan selepas SPL
dikeluarkan = untuk calon yang belum menguasai kemahiran
ATAU
Menjalani sesi penilaian penguasaan kemahiran oleh pihak
akademi
= untuk calon yang menguasai kemahiran bukan dari tenaga pengajar
akademi & “ORANG LAMA”
LANGKAH 3: MENJALANI KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL
- Wajib diikuti oleh semua calon .
LANGKAH 4 : MENDUDUKI UJIAN PPL (TEORI DAN PRAKTIKAL)
- Hanya calon yang lulus kedua-dua ujian (teori dan praktikal) boleh memohon PPL (PRIVATE PILOTS LICENCE-RESTRICTED).Calon yang gagal boleh mengulanginya. Selagi SPL masih dalam tempoh sah.
- PPL akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh sebulan selepas permohonan.
- Pemegang SPL @ PPL perlu mempunyai LOG BOOK (boleh didapati dari pihak akademi).Setiap kali PPL hendak diperbaharui, LOG BOOK adalah wajib disertakan : untuk memperbaharui lesen PPL,calon boleh berurusan terus dengan pihak DCA atau melalui pihak akademi.
KADAR BAYARAN:
- PILOT MEDICAL CHEK-UP CLASS 2 = berbeza-beza mengikut klinik
- POLISI INSURAN (SPORT PA-X GAME) = berbeza-beza mengikut syarikat insuran
- PROSES UNTUK MENDAPATKAN SPL = RM 70.00
- LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL = RM 3,000.00 (termasuk peralatan)
- SESI PENILAIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OLEH PIHAK AKADEMI = RM 150.00
= untuk calon yang tidak mempelajari kemahiran teori dan
praktikal dari pihak akademi atau “ORANG LAMA“
- KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL:
- Calon yang mengikuti latihan
teori dan praktikal dari pihak akademi = PERCUMA
- Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi = RM 250.00
- MENDUDUKI UJIAN PPL = RM 350.00
- Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi boleh menggunakan peralatan akademi secara percuma.
- Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikan dari pihak akademi boleh menyewa peralatan pada kadar RM 100.00. kerosakan menjadi tanggungjawab calon atau menggunakan peralatan sendiri.
- PROSES PPL OLEH DCA = RM 350.00
- PEMBAHARUAN TAHUNAN PPL OLEH DCA = RM 25.00
NOTA :
1) Pemegang lesen PPL yang layak boleh memohon kepada pihak
akademi untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah.
2) Orang Lama = mereka yang telah terlibat dan berkemahiran
mengendalikan unit paramotor sebelum 28 DISEMBER 2009.